Tuesday, 1 July 2008

Cari kekuatan itu Ija.......

Salam... Buat Ija...


Membaca komen Ija di blog "
  1. salam ol..cowey cgt xdapat mengomen kat cinie.. humm ija xtau la sama ada nak teruskan pejuangan bidang lakonan atau x..tgk keadaan la ye.. kowang doa kan ija yer.. hmmmmmmmm"

Ija baca semula komen Ija di media untuk Ija kuatkan semula semangat Ija yer.....

Heliza heroin filem Syurga Cinta

LAKONAN adalah satu bidang yang cukup baru buat dirinya. Meskipun tiada pengalaman langsung tentang asas lakonan, Nur Heliza Helmi atau lebih mesra disapa Heliza ini nampaknya cukup bertuah apabila dirinya dipilih untuk membintangi filem terbaru terbitan MIG, Syurga Cinta.

Bukan calang-calang watak yang diberikan buat bintang Akademi Fantasia musim kelima itu di dalam filem arahan Ahmad Idham tersebut yang telah mencetuskan ‘kontroversi’ baru-baru ini. Memegang watak heroin bernama Syuhadah, Heliza sendiri akui peluang yang diberikan itu cukup mencabar.

Ada perkara yang membuatkan Heliza agak ‘runsing’ pada mulanya untuk membawakan watak Syuhadah yang digambarkan sebagai seorang gadis bertudung dan terserlah dengan sifat-sifat muslimah itu.”Saya akui, agak sukar pada awalnya untuk mendalami watak Syuhadah ini. Memang dari segi penampilan, tidak jauh bezanya dengan diri saya sekarang. Tetapi, banyak aspek lain yang saya perlu teliti sebenarnya seperti gaya pertuturan dan pergerakan Syuhadah yang lemah-lembut.

“Apatah lagi, Syuhadah adalah seorang ustazah. Jadi sudah tentu saya kena kaji betul-betul karektor ini. Apapun, sepanjang kami adakan sesi script reading setakat ini, saya rasa Insya Allah, saya akan buat yang terbaik.

“Saya sedar saya tidak pernah ada pendedahan dalam bidang lakonan ini, tetapi saya sedang di dalam proses pembelajaran.

Saya ingin pelbagaikan bidang. Saya ingin jadi seorang yang versatile. Saya anggap ini adalah satu eksperimen juga kerana bila kita mencuba barulah kita boleh menilai diri dan tahap kebolehan diri kita,” ujar Heliza yang ditemui pada majlis doa selamat filem tersebut di The Mines, semalam.

Di dalam filem yang bakal memulakan penggambaran pada 24 Jun ini, Heliza bakal bergandingan dengan pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari. Turut membintangi filem ini ialah Fizz Fairuz, Azizah Mahzan dan Hadziq Tom Tom Bak.

Filem yang mengenengahkan unsur keagamaan di dalam kisah percintaan remaja ini cuba mengupas kehidupan dua orang Melayu dengan dua akidah atau pegangan yang berbeza.

Ditanya mengenai pembabitannya buat pertama kali di dalam bidang lakonan, kata gadis kelahiran Kuala Terengganu ini, dia akui cukup teruja tatkala ditawarkan watak tersebut baru-baru ini.

“Ini adalah tawaran pertama berlakon yang pernah saya dapat. Sebelum ini, memang saya teringin untuk cuba berlakon, tetapi nampaknya belum berpeluang sehinggalah David Teo menawarkan saya untuk membintangi filem ini.

“Bila saya dapat skripnya minggu lalu, saya memang tertarik dengan idea kisah percintaan yang lebih menjurus ke arah Islam. Saya rasa belum ada lagi kisah yang bercorak seperti ini dibuat dalam bentuk filem. Kebiasaannya kita hanya menonton dalam bentuk drama sahaja.

“Begitu juga dengan babak-babaknya yang tidak perlu menyaksikan saya ‘bersentuhan’ dengan Awal. Jika ada pun, pengarah akan buat dalam cara yang lain. Perkara itu juga buatkan saya senang untuk menerima tawaran ini.

“Tambahan pula penggambaran akan dimulakan sewaktu saya masih dalam cuti semester pengajian saya. Jadi, saya tidak nampak masalah untuk tidak menerima tawaran ini,” tutur penuntut jurusan Pendidikan Sains di Universiti Malaysia Sabah ini.

Pertama kali bergandingan dengan Awal pula, kata Heliza, dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerjasama dengan aktor kacak itu. Malah, luah Heliza, Awal sendiri tidak lokek memberikan tunjuk ajar untuk menghayati watak tersebut.

Ditanya sama ada dirinya sudah bersedia untuk dikritik andai kata lakonannya nanti tidak seperti yang ‘diharapkan’, sambil tersenyum, Heliza menjawab:

Sewaktu saya sertai AF dulu, setiap minggu saya dikritik. Itu adalah latihan awal sebenarnya buat saya untuk ceburi bidang ini kerana sudah tentu sebagai artis, kita tidak akan dapat lari daripada dikritik.

Saya sudah bersedia untuk lihat reaksi ramai nanti. Baik atau buruk, saya akan terima kerana kritikan itu nanti sebenarnya dapat memperbaiki lagi diri kita. Apa yang penting, saya sendiri kena berusaha buat yang terbaik dulu,” kata Heliza yang akan merakamkan single terbaru tidak lama lagi, ciptaan Aidit Alfian.

==============================================


  1. Ija… itulah asam garam dunia lakonan Ija…
    Tabahkan hati dan kuatkan lagi diri Ija…
    kalau rasa tak buleh juge…
    give ur self ur own time…
    take it easy yer…
    don’t push yourself too much…..

    kadangkala belum tiba masanya…
    yang penting do the best n just do it…
    jangan ambik hati dengan orang…
    kalau sedang proses berlakon tu Ija
    dapati dunia diorang kasar… Ija sabar je ekkk….

  2. Ija … jadikan pengalaman pertama itu pengalaman
    yang indah yang manis untuk dikenang…

    Jangan pengalaman pertama ini membuatkan
    Ija serik….
    Try to enjoy it as much as possible…
    Cam kak Alya kata sebelum ni fikirkan semula
    apa matlamat Ija, apa tujuan Ija,
    apa arah Ija, apa fokus Ija…
    InsyaAllah akan diberi kekuatan olehNya dik…..

  3. Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh kedalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut,mereka berkata pada kedua kodok tersebut bahwa mereka lebih baik mati. Kedua kodok tersebut tak menghiraukan komentar itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.

    Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.

    Ketika dia sampai diatas, ada kodok yang bertanya, “Apa kau tidak mendengar teriakan kami?”. Lalu kodok itu (dengan membaca gerakan bibir kodok yang lain) menjelaskan bahawa ia pekak. Akhirnya kodok2 tesebut sedar bahawa saat di bawah tadi kodok pekak itu menganggap mereka telah memberikan semangat kepadanya.

  4. KISAH SEEKOR KUPU-KUPU

    Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. .Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

    Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

    Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

    Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

    Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

    Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

    Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

    Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

    Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

    Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk
    diselamatkan dan dicintai.

    Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

    Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…

    Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?

    Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.



Heliza bereksperimen

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my


Bersandarkan rupa dan bakat, mana tahu duta Astro Oasis (saluran 106) ini akan cemerlang seiring dengan rakan seperjuangannya, Mila. Sekalipun, Mila sudah jauh mencipta nama di depan, Heliza pula lebih senang mengambil langkah mencuba.

Justeru, dia memberanikan diri menceburi bidang lakonan selepas pengacaraan. Namun, sudah rezekinya langkah pertama Heliza terus bermula di layar perak. Di bawah label MIG Production Sdn Bhd, dia disunting berlakon filem Syurga Cinta.

Bukan calang-calang wataknya, Heliza sebagai heroin filem itu di samping heronya, Awal Ashaari, 26. Mengetengahkan genre keagamaan, gadis manis berusia 22 tahun ini mengakui hatinya begitu terpikat dengan watak Syuhadah dilakonkannya.

"Selain watak, sebenarnya memang saya sendiri yang mahu berlakon. Pada saya, lakonan juga bidang seni yang mempunyai cabaran besar dan perlu dicuba. Malah, saya gembira pembabitan ini mendapat sokongan daripada pelakon lain seperti Awal.

"Terus-terang, pada mulanya saya agak kekok juga ketika pembacaan skrip dibuat pada sekitar Mei lalu. Maklumlah, baru kali pertama. Tetapi, Awal banyak membantu dan mengajar cara berlakon. Namun, penghayatan watak amat penting.

"Apapun, saya sudah sedia terima kritikan. Asalkan, ada kaitan dengan bidang diceburi, apa salahnya. Sebagai orang baru, perkara ini biasa dan tidak boleh dielak sama seperti mula-mula saya menyanyi dulu," katanya berbicara mengenai teguran.

Mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (major Biologi dan minor Kimia), di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini berkata, dia sedar lakonan akan ada babak sentuhan antara lelaki dan wanita, namun Heliza dia tetap meletakkan syarat.

"Saya akan cuba elak adegan membabitkan berpegangan tangan atau apa saja yang tidak manis. Bahkan, saya pasti membincangkannya dengan pengarah, Ahmad Idham terlebih dulu. Bagi saya, perkara sebegini boleh diurus dan diselesai dengan cara baik.

"Namun, saya tetap yakin babak yang tidak sesuai dengan imej diri takkan ada. Justeru, saya harap penonton dapat menerimanya. Setakat ini pun saya sudah menyanyi, pernah menjadi pengacara dan tiba masa pula beraksi di pentas lakonan," katanya.

Gadis manis kelahiran Terengganu ini berkata, memandangkan dia sedang belajar, sesi penggambarannya dipercepatkan dalam tempoh 16 hingga 18 hari mengikut tempoh cuti itu.

Katanya, niatnya hanya untuk mempelbagaikan bakat diri.

"Tidak semestinya, saya harus terikat dengan satu cabang seni saja. Saya kena buat eksperimen diri seperti sering dilakukan dalam bidang biologi dan kimia di kampus. Sebelum tahu keputusannya, saya wajar cuba mencari jawapannya dulu.

"Apa yang boleh dikatakan, saya bertuah kerana dapat peluang belajar dan bekerja dengan individu berpengalaman serta profesional. Jadi, peluang yang tidak mudah diperoleh ini akan saya gunakan sebaiknya demi masa depan dalam industri.

"Saya juga mahu berjaya seperti orang lain. Oleh itu, saya sedia sahut cabaran ini dan akan berusaha memastikan lakonan menjadi," katanya yang popular dengan lagu Doa Dalam Lagu duet bersama Mawi. Nyata vokal Heliza tidak mengecewakan untuk lagu itu,

Menyentuh pula soal album, Heliza berkata buat masa ini, rezekinya belum ada ke arah itu. Cuma, katanya komposer berpengalaman, Aidit Alfian sudah mencipta lagu baru untuknya.

Namun, kata Heliza jadual belajar yang padat menyukarkan proses rakaman.

"Tidak tahu lagi bila saya akan merakamkan lagu itu. Segalanya bergantung pada kelapangan waktu yang saya ada. Apa yang boleh dikatakan, fokus saya memang pada pelajaran. Justeru, tidak semua tawaran nyanyian dapat dipenuhi," katanya tenang.

Sekalipun belum setahun bergelar artis, Heliza pernah tersenarai dalam 'Top 5' calon berjaya kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007) yang berlangsung Mac lalu. Heliza bersaing dengan Mila, Julia Ziegler, Fauziah Ghous dan Farah Asyikin.

Menang atau kalah adat bertanding. Tewas di tangan Mila di ABPBH2007 itu tidak bermakna Heliza kurang bagus. Ternyata, rezeki belum jadi miliknya. Bagaimanapun, Heliza gigih bekerja walaupun cita-cita sebenarnya mahu jadi pensyarah.



Profil

NAMA: Nur Heliza Helmi

PANGGILAN: Heliza

TARIKH LAHIR: 3 Februari 1986

USIA: 22 tahun

ASAL: Kuala Terengganu

KERJAYA: Pelajar, penyanyi, pengacara dan pelakon

TINGGI: 155 sm

BERAT: 42kg

HOBI: Menyanyi dan membeli-belah

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains, Universiti Malaysia, Sabah

PENCAPAIAN: Tempat keempat AF5, duta Astro Oasis (saluran l06)



No comments: