Monday, 30 June 2008

Kecu oh Kecu....


Salam ....

Kecu oh Kecu… contact lah kak Alya…ada urgent ni… kak Alya cter cikit la apa mendenye…kak Alya ada buat buku.. kira buku itu bagaimana kak Alya lahirkan banyak impian dan pengajaran di dalam nya… buku pertama dah siap tulih tapi ruangan utk kartun kak Alya biarkan kocong sebab kak Alya tak pandai lukis… citernya utk kartun tu dah ade…tinggalkan nak lahirkan kartun2 nya je….

Al kicahnya…ada la orang yang tengok idea kak Alya tu.. orang tu patient kak Alya sendiri… mula dari patient dia jadi kawan rapat kak Alya kini…malah macam family dah… dalam diam rupanya dia berjaya mengubah dirinya dan kini dengan projek yang dia berjaya dia nak kak Alya jadikan impian kak Alya kenyataan pula iaitu nak siapkan buku pertama kak Alya tu… Dia nak melabur untuk buku kak Alya ni. Dia nak kak Alya carik illustrator yang bagus…dan kak Alya nak minta bantuan Kecu lah ni setelah lihat kat Eyes of Heliza tu…

Kalau Kecu setuju nanti… kak Alya sebenarnya sudah ada perancangan utk kesinambungan siri itu sebanyak 16 buku yang mengandungi cerita utk mengajar remaja berbudi bahasa, menjaga adab, bagaimana mengawal perasaan, dan juga motivasi diri.

Dan nak libatkan Heliza juga sebagai watak Idola (Ija abiskan berlakon tu dulu la….kita bincang later… dah la fenin ngan nombor2 kak Alya tu….Dan juga ada watak nakal dan bagaimana watak baik bantu watak nakal jadi baik… Watak2 yang sama akan berterusan untuk semua siri2 kak Alya itu.

kak Alya dah cter ni..mudahan semer doakan kak Alya ya… dan Kecu faham naper kak Alya carik Kecu…..

Sunday, 29 June 2008

Doa amalan kak Alya

Doa yang kak Alya amalkan ni sejak dari kak Alya nak UPSR lagi hinggalah saat ini. Alhamdulillah ianya untuk amik pekse ke... nak bersalin ke... nak lepas pemeriksaan imegresen yg entah hape2 kadang2 strictnya.... nak jumpa orang besar ke... kalau ikutkan ada sejarahnya amalan doa ini kak Alya amalkan iaitu sewaktu kak Alya kecik2 kalau cuti sekolah duk umah nenek kak Alya... subuh je cam telinga kak Alya bergetar2 gerak2 bila dengar nenek baca... sejak tu ianya jadi amalan kak Alya .... yang penting adalah pengamalan secara tetap n konsisten.

So untuk Ija... selamat berlakon ye esok..... ingat pesan kak Alya jaga NIAT n FOKUS....






HELIZA vs SITI NURHALIZA

Ini yang kak Alya nyatakan persamaan yang wujud antara diri Ija dan Siti iaitu persamaan nombor utama yang terhasil daripada kiraan tarikh lahir. Nombor 2 adalah kaitan dengan suara dan kelembutan (lemah lembut). Bezanya apakah yang menjadikan nombor utama 2 itu, iaitu Ija terhasil gabungan 5 dan 6, manakala Siti pula 3 dan 8. Satu kelebihan yang ada pada suara Siti adalah daripada terdapatnya pula satu lagi kombinasi yang khas untuk suara iaitu 123 iaitu perkara yang menyumbang kepada pembentukan 3 yang menyumbang pula kepada nombor utama 2 itu, manakala pada Ija wujud juga kombinasi 123 itu tetapi ianya melintang di atas (nampak tak Ija ada 321 melintang di atas sekali).

Penghijrahan

Selain daripada kekuatan suara pada nombor utama 2, terdapat kombinasi yang berkaitan dengan berhijrah (keluar daripada daerah tempat asal). Ianya pada kombinasi 156. Antara Ija dan Siti , ianya membezakan di mana kedudukan nombor kombinasi 156 itu. Pada Siti, ianya bagaimana Siti ingin mencapai kekayaan (dipanggil nombor akhir hayat) dan pada Ija pula pada nombor 6 yang menyumbang kepada nombor utama 2.



Penghijrahan Dato' Siti Nurhaliza


Dan rezeki Siti adalah apabila Siti merantau berhijrah ke tempat lain dan selalu keluar (6 = 1+5). Dan Siti berhijrah dari Kuala Lipis, Pahang ke Kuala Lumpur arah Barat Daya yang membawa nombor 7 iaitu penyokong dan pengikut adalah satu keputusan yang sangat bijak. Arah penghijrahan itu juga 4+7 bersamaan dengan 2 iaitu penggunaan suara. Dan dengan suara (2) tersebut, untuk kekayaan adalah dengan menambahkan 2 dengan satu nombor lain agar menjadi 6 iaitu 2+4 yang membawa maksud menyampaikan kekuatan suara tersebut.

Dan didapati juga perjalanan Siti ke London adalah arah 6 bagi Siti, iaitu arah kekayaan. Terdapat arah kekayaan lain bagi Siti iaitu arah Timur, mungkin Brunei, Sabah, Sarawak dan sebagainya...


Arah Penghijrahan Heliza

Langkah yang telah Ija lakukan setakat ini iaitu dengan menyertai AF ketika Ija berada Di UMS, Kota Kinabalu, beerti Ija telah berhijrah ke arah Barat iaitu arah 2, di mana diri Ija bagi arah adalah 5 (camana dapat - ada kiraan khas dari tarikh lahir). Maka dalam diri 5 ke arah 2 akan menghasilkan 7 iaitu 7 bermaksud getaran untuk sokongan peminat. Lebih lagi Ija punyai nombor 729 (lihat di bawah...)

729 ini adalah daya penarik yang kuat samada tarikan untuk sokongan peminat wanita ataupun lelaki (kedua-duanya sekali). Ija boleh menjadi idola yang kuat bagi peminat wanita atau lelaki.


Arah Kekayaan Heliza


Ija nak tahu arah kekayaan tak?

Ija tidak punyai arah 6 sebagaimana Siti yang mempunyai arah Timur dan Barat Daya 6. Tetapi Ija masih boleh membentuk arah 6 iaitu apabila diri Ija 5 ke arah nombor 1 iaitu arah Barat Daya dan Barat Laut. Dalam kedua-dua arah itu iaitu arah 1, Ija perlu mengekalkan keunikan Ija yang tersendiri itu.

Ija nak tau camana nak tengok arah itu? Ija guna google je... kak Alya tunjuk camana ya untuk panduan....

Apa yang kak Alya tunjukkan di atas ini adalah arah Ija dari Kota Kinabalu, sebab Ija belajar di sana. Nanti lepas abis belajar, Ija pindah mana-mana kena lihat dari arah itu pula.

Untuk lihat skop lebih besar Ija boleh senaraikan lebih besar juga mengikut peta dunia. Contohnya arah Barat Laut adalah arah UK misalnya, dan arah Barat Daya adalah Singapura, Indonesia dan sebagainya. Hehehhe...bukan nak rekemen Ija mai UK visit kak Alya (keserentakan pula!!!). Dan bagi penyokong, orang2 di Semenanjung akan memberi sokongan buat Ija iaitu kekuatan peminat.


Kenapa kak Alya beriya minat Ija???

Aaa ekkk.... beriya kak Alya sampai buatkan blog untuk Ija... nak tau sebab apa?

Satu, sebab Ija punyai banyak kelebihan dan keistimewaan, malah suka meilhat Ija boleh menjadi Idola. Dengan kelebihan yang Ija ada, suka jika kak Alya dapat bantu beritahu Ija apa lagi yang boleh Ija maksimakan bagi memberi Impak Maksima......

Diri Ija ada yang tidak sama dengan Siti.... iaitu dari segi Ija punyai tanggungjawab lain. Ija tengok ni lagi yer...

Kombinasi yang berkaitan perlu menunaikan suatu tanggungjawab adalah pada kombinasi 786 yang mana jika Ija lihat Ija memperoleh kekayaan atas Ija menunaikan tanggungjawab walau berat mana pun kerana di sebaliknya adalah kelebihan rezeki buat Ija. Siti ada juga hal-hal berkaitan tanggungjawab ini, tetapi ianya tidak secara jelas (hidden nombor). Tetapi Ija pula, nombor akhir hayat berkaitan tanggungjawab malah nombor persekitaran juga adalah nombor tanggungjawab. Dan the other side punya nombor persekitaran pula berkaitan dengan daya tarikan Idola peminat.

Kak Alya melihat juga arah kejayaan Ija yang mempunyai nombor 5 dan bagi arah kekayaan perlu ke arah 1. Untuk pengetahuan Ija, nombor 5 dan 1 adalah keduanya merupakan nombor yang berkaitan kepemimpinan (1 kepemimpinan yang unik, dan 5 kepemimpinan penuh karisma).

Dan Ija... dengan Ija kini sedang di dalam pengajian bidang Pendidikan... semua ini mempunyai saling perkaitannya. Bagi kak Alya Ija perlu menjadi suatu Idola ke arah pendidikan iaitu menjadikan satu tanggungjawab kepada peminat2 Ija untuk merangsang mereka ke arah pendidikan. Jadikan diri Ija selalu berilmu pengetahuan dalam menjadikan peminat Ija minat kepada akademik sambil berhibur. Makna kata jika Ija terus cemerlang dalam akademik dan pengajian nanti, ianya akan menjadi ikutan buat peminat2 Ija pula.

Jangan risau tentang tanggungjawab yang kak Alya maksudkan tadi ya...jangan jadi tertekan pula apabila mengetahui ini. Apa yang Ija perlu lakukan adalah buat yang terbaik dengan diri Ija dan selalu betulkan NIAT dalam diri Ija. Dengan NIAT yang suci, InsyaAllah fokus Ija akan terjaga.

Ada seperkara lagi yang kak Alya nak beritahu... kak Alya juga menjalankan kajian akan Kitaran 9 yang wujud bagi setiap seseorang itu.

Ija bagi tahun 2008 ini adalah getaran kekayaan untuk Ija dengan nombor utama 6. Malah nombor akhir hayat pula melibatkan nombor kombinasi data tarikan magnet peminat. Maka Ija gunalah peluang pada tahun ini sebaik mungkin dalam lakonan Ija ini ya. Apa yang Ija lakukan pada tahun ini akan membawa getaran peminat yang lebih lagi pada tahun 2009 nanti.

Apa yang Kak Alya nak ingatkan... Ija jaga NIAT dan jaga jangan lupa diri Ija dan tanggungjawab Ija. Dan nanti bila dah popular, Ija jaga jangan over ya.... kerana hidup ini semua ujian iaitu ditimpakan kekayaan dan kejayaan untuk melihatkan sejauh mana kita bersyukur dan ditimpakan kesusahan untuk melihat sejauh mana ketabahan dan kesabaran kita.

Maka 2010 nanti, apabila Ija makin terus berjaya, mudahan Ija terus dengan identiti kelembutan Ija malah lebih lagi sebagai pendorong ya.


Kitaran ini akan meneruskan kiraan 9 dan kembali semula 1,2,3,..... dan selepas 9 akan kembali semula 1,2,3....hingga 9 dan terus berkitar dan berkitar.....

InsyaAllah jika Ija mempunyai masalah seperti tertekan dan hilang fokus, malah apa jua..malsalah cinta ke ...masalah study ke.... kak Alya ingin menghulurkan tapak tangan...kalau kecik Airport Heathrow kak Alya hulurkan.....

Ok Ija...diharap perkongsian ini dapat juga difahami oleh fan Ija yang lain... kalau nak jadi patient kak Alya insyaAllah kak Alya happy jer menerima siapa jua... Ija ni salah satu sebabnya kak Alya juga orang nombor 2, cuma kekuatan 2 kak Alya lebih kepada psikologi dan motivasi. Maka siapa nak tahu potensi diri sila silalah berhubungan ngan kak Alya yer.....

Wasalam untuk semua....

Friday, 27 June 2008

Jalan-jalan jangan buat pasal.....

Bila baca Ija g jalan-jalan carik pasal.... Kak Alya nak share tentang kak Alya jugak ada satu tebiat ni .... yang leh g jalan sorang2 .... masa 2006 kak Alya g jalan negeri ke negeri.... g Kedah (Alor Star), Johor (Johor Bharu, Batu Pahat, Kulai), Melaka, Singapore.... g amik bas ekspress pas tu g sana ... nanti g la kampung2 ke.... (ada tempat yang nnt org bawakan....)... tapi tak la jalan2 carik pasal cam Ija...jalan2 carik ilham kot hehehhe.....

Tahun sebelum tu 2004, g Perak.....tempat sekolah lama - Sekolah Menengah Sains Teluk Intan..then g jalan Ipoh, Kuala Kangsar.....Teluk Batik....

Pas tu tahun lepas g Sabah pulak... g Kota Kinabalu (tu jumpa Adam masa kejar flight n sama2 salah gate....)... then masa kat KK g la UMS... dan keserentakan kawan kak Alya yang guru kaunseling kat KK ni suami isteri pindah Tawau pulak lepas kak Alya balik sini .....now mereka kat Tawau la... so kalau balik lagi kak Alya g Tawau pulak.....



Camana leh terlibat ngan Labuan....hmmm... balik dari KK transit kat Labuan...sama flight ke KL ngan team bola Labuan tu...teruslah pulak balik tu kak Alya buat terapi untuk game depa...lepas buat utk team Labuan, Kedah pulak nak khidmat terapi kak Alya...so jaga lah team Kedah... lepas tu team KL pulak mintak kak Alya bantu mereka juga....... (keserentakan adik kepada guru kat KK yang pindah Tawau tu adalah schoolmate kak Alya duk Labuan juga... tu yang tanya Heliza lama ke kat Labuan...sebab kalau lama agaknya kenal kot kawan kak Alya ni...sebab dia artis Labuan...)

ngan Team Labuan
ngan Team Kedah
ngan Team KL


So kak Alya kalau g jalan2 tu sukalah amik gambar sorang2 hehehhe....antaranya...


Kat Shah Alam je ni....

Di Alor Star, Kedah

Ke Alor Star, Kedah

di Kampung Suka Menanti, Kedah

Kampung Suka Menanti

EDWIN IS DENIM

Kat UK ni juga pun suka gak g jalan2...nnt la kak Alya buat jalan2 jangan buat pasal kat UK ekkk.... ada banyak gambar tapi tak tersusun lagik.... naknye kak Alya mana tempat2 dah g kak Alya bukan ingat nama2 tempat tu...kalau orang tanya dah g sana g sini situ sinun...banyak yang dah pergi tapi tak ingat apa ke namanya...tapi tau la memang udah pergi.... ada orang siap leh detail lagik explain tempat2 tu ngan nama2nya sekali..... (masalah daya ingatan orang no 2 hehehe.....)

Nak tau apa yang sama?

Pesen baju Ija : Ija suke satu pesen ni... suar leg-fitted n jacket atau plain long sleeve n cover luar ngan short sleeve (tu kalau baju short sleeve tu Ija suke sangat.....)

Kak Alya masukkan dulu gambar2 Ija... nnt Ija nengok pulak gambar2 lain yang akan kak Alya masukkan later ye....

Ni gambar2 Ija.... (tapi tak masuk semua la... kak Alya amik kat entry yang recent jer...)

kak Alya perasan yang Ija punyai pesen yang sama ...makna kata kalau suke satu tu... akan beli yang lebey kurang sama next time....

So bawah ni antara koleksi kak Alya...huhhuhuuh.... pertama memang suke warna warni... pastu kalau dah suka tu lebey parahnya bila abis sumer kaler g borong pulak.....sanggup tu berjimat2 mende lain sebab takut nnt lain kali dah abes orang beli... (jangan diikut pe-el yang ini kalau tak betul2 berani...hihihiih....berani pujuk tokey kedai kasik diskaun huhuhuhuuh.....)


Selalunya kalau baju sleeveless cam ni or very short sleeve kak Alya akan pakai tight long sleeve kat dalam cam Ija pakai tu... dan favourite selalu hitam n putih...cam Ija gak la... dan kualiti long sleeve pun sama gak...kalau suka n rasa comfortable ngan materialnya kak Alya akan beli beberapa jugak la...kat sini GAP selalu wat sale.... so menebeng la kat kedai tu carik yang 70% diskaun hihihiihih.......

Sesape berminat nak baju2 cam kak Alya leh la...sebab kak Alya kenal ngan tokey butik yang jual baju2 ni.... (mana tak kenal.... pelanggan tetap tu.... nanti kak Alya poskan .....hehehheh)

Pesanan untuk semer.... ni bukan kempen galakan marilah memborong baju ekkkk.....

Petua nak punyai koleksi cam gini - sila pastikan hanya beli mase sale n "diskaun maut" punya sahaja.... jangan asal nampak terus g beli....

Apa kata sesaper yang berminat.... kita main tukar2 nak??? hehehe.... kalau korang kuar sale memaner pas tu jumpa murah2...nnt leh tukar ngan kak Alya... kak Alya senang je nak dapat koleksi cam kat atas tu..... (cam tukar2 setem pulak...kan???)....

Gambar2 bawah ni masa tahun 2007 kak Alya beri terapi kat team bola Labuan n Kedah...leh lah kasik fisioterapi mana2 yang terseliuh ke terpiut te peot ke....



Ilmu Warna Hari Ini : Kak Alya nak galakkan u all pakai baju ikut warna hari...

Definisi Pemakaian Resonan Warna Hari

Resonan bermasuk match, berpasangan, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.

Dengan memakai warna yang sama dengan warna alam, tanpa kita sedari alam akan akur kepada diri kita. Hatta, hendak tersepak batu di hadapan, hati kita terdetik dapat melihat batu tersebut kerana alam saling berinteraksi dengan kita.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari. Hari Isnin kenakan pakaian Putih. Hari Selasa pakaian Pink atau Violet. Hari Rabu pakaian Biru. Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren. Hari Jumaat pakailah Hijau. Hari Sabtu pakaian Merah dan hari Ahad pakailah Hitam. Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.

HARI & WARNA

PENERANGAN

AHAD HITAM

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing. (Juga rahsia kaabah dibaluti kain berwarna hitam). Hitam juga adalah rahsia kegelapan pembetukan bayi di dalam kandungan.

Oleh kerana pada hari Ahad dikatakan tenaga ini separa matang (magnitud), maka ianya bersifat Pencetus iaitu langkah pertama yang menentukan tindakan kedua dan seterusnya. Ianya di dalam bentuk niat daripada hasrat / tujuan / cita-cita / keinginan dalam mencapai sesuatu. Maka pada hari Ahad, berazamlah untuk minggu itu. Susunlah perancangan apa yang ingin dilakukan. Tidaklah nanti pada hari Isnin anda tidak tahu apakah kerja yang ingin dimulakan.

ISNIN PUTIH

Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

SELASA PINK / VIOLET

Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (NW3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

RABU BIRU

Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (NW9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (NW9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

KHAMIS KUNING / OREN

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (NW12, NW13, NW14, NW15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (NW16, NW17).

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.

Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

JUMAAT HIJAU

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (NW11) dan Paru-paru (NW10).

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

SABTU MERAH

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.


Semoga apa yang kak Alya kongsikan ini dapat membawa manfaat kepada semua...(sambil bercerita sambil menyampaikan ilmu...ye tak.....!!!!)

Heliza VS SITI SHAHRIZAH (EJA)

Salah satu sebab leh minat Ija adalah sebab sebelum ni kak Alya minat dengan Eja

SITI SHAHRIZAH (EJA)




Rasanya Ija semasa tak pakai tudung cam Eja agaknya... dan lakonan bersahaja tapi berkesan dari Eja boleh Ija jadikan contoh untuk lakonan Ija... sebab Eja ngan lakonan romantik komedi memang menjadi...selalu buat orang tercenyum cenyum malu.....

Kawan kak Alya yang main mata cam Heliza....

Dapat dah nak create blog link ngan blog Heliza... sebagai pendahuluan... ni gambar salah sorang kawan kak Alya yang sama ngan Heliza.... tu pun sebab masa YM ngan SueKipasSusahMati Sue nak nengok gambar ni...maka diusahakan gambar ni.... Ada cama tak????



Bukan mata je... baju pun cam cama...

Kuat makan ngan takut temoks pun cama.....