Friday, 27 June 2008

Nak tau apa yang sama?

Pesen baju Ija : Ija suke satu pesen ni... suar leg-fitted n jacket atau plain long sleeve n cover luar ngan short sleeve (tu kalau baju short sleeve tu Ija suke sangat.....)

Kak Alya masukkan dulu gambar2 Ija... nnt Ija nengok pulak gambar2 lain yang akan kak Alya masukkan later ye....

Ni gambar2 Ija.... (tapi tak masuk semua la... kak Alya amik kat entry yang recent jer...)

kak Alya perasan yang Ija punyai pesen yang sama ...makna kata kalau suke satu tu... akan beli yang lebey kurang sama next time....

So bawah ni antara koleksi kak Alya...huhhuhuuh.... pertama memang suke warna warni... pastu kalau dah suka tu lebey parahnya bila abis sumer kaler g borong pulak.....sanggup tu berjimat2 mende lain sebab takut nnt lain kali dah abes orang beli... (jangan diikut pe-el yang ini kalau tak betul2 berani...hihihiih....berani pujuk tokey kedai kasik diskaun huhuhuhuuh.....)


Selalunya kalau baju sleeveless cam ni or very short sleeve kak Alya akan pakai tight long sleeve kat dalam cam Ija pakai tu... dan favourite selalu hitam n putih...cam Ija gak la... dan kualiti long sleeve pun sama gak...kalau suka n rasa comfortable ngan materialnya kak Alya akan beli beberapa jugak la...kat sini GAP selalu wat sale.... so menebeng la kat kedai tu carik yang 70% diskaun hihihiihih.......

Sesape berminat nak baju2 cam kak Alya leh la...sebab kak Alya kenal ngan tokey butik yang jual baju2 ni.... (mana tak kenal.... pelanggan tetap tu.... nanti kak Alya poskan .....hehehheh)

Pesanan untuk semer.... ni bukan kempen galakan marilah memborong baju ekkkk.....

Petua nak punyai koleksi cam gini - sila pastikan hanya beli mase sale n "diskaun maut" punya sahaja.... jangan asal nampak terus g beli....

Apa kata sesaper yang berminat.... kita main tukar2 nak??? hehehe.... kalau korang kuar sale memaner pas tu jumpa murah2...nnt leh tukar ngan kak Alya... kak Alya senang je nak dapat koleksi cam kat atas tu..... (cam tukar2 setem pulak...kan???)....

Gambar2 bawah ni masa tahun 2007 kak Alya beri terapi kat team bola Labuan n Kedah...leh lah kasik fisioterapi mana2 yang terseliuh ke terpiut te peot ke....



Ilmu Warna Hari Ini : Kak Alya nak galakkan u all pakai baju ikut warna hari...

Definisi Pemakaian Resonan Warna Hari

Resonan bermasuk match, berpasangan, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.

Dengan memakai warna yang sama dengan warna alam, tanpa kita sedari alam akan akur kepada diri kita. Hatta, hendak tersepak batu di hadapan, hati kita terdetik dapat melihat batu tersebut kerana alam saling berinteraksi dengan kita.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari. Hari Isnin kenakan pakaian Putih. Hari Selasa pakaian Pink atau Violet. Hari Rabu pakaian Biru. Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren. Hari Jumaat pakailah Hijau. Hari Sabtu pakaian Merah dan hari Ahad pakailah Hitam. Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.

HARI & WARNA

PENERANGAN

AHAD HITAM

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalan keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing. (Juga rahsia kaabah dibaluti kain berwarna hitam). Hitam juga adalah rahsia kegelapan pembetukan bayi di dalam kandungan.

Oleh kerana pada hari Ahad dikatakan tenaga ini separa matang (magnitud), maka ianya bersifat Pencetus iaitu langkah pertama yang menentukan tindakan kedua dan seterusnya. Ianya di dalam bentuk niat daripada hasrat / tujuan / cita-cita / keinginan dalam mencapai sesuatu. Maka pada hari Ahad, berazamlah untuk minggu itu. Susunlah perancangan apa yang ingin dilakukan. Tidaklah nanti pada hari Isnin anda tidak tahu apakah kerja yang ingin dimulakan.

ISNIN PUTIH

Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (NW1) dan Kelenjar Pitutary (NW2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

SELASA PINK / VIOLET

Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (NW3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

RABU BIRU

Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (NW9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (NW9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.

KHAMIS KUNING / OREN

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (NW12, NW13, NW14, NW15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (NW16, NW17).

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.

Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

JUMAAT HIJAU

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (NW11) dan Paru-paru (NW10).

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

SABTU MERAH

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (NW19), Otot, Darah (NW18), Tulang dan Saraf (NW20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.


Semoga apa yang kak Alya kongsikan ini dapat membawa manfaat kepada semua...(sambil bercerita sambil menyampaikan ilmu...ye tak.....!!!!)

No comments: