
Ini yang kak Alya nyatakan persamaan yang wujud antara diri Ija dan Siti iaitu persamaan nombor utama yang terhasil daripada kiraan tarikh lahir. Nombor 2 adalah kaitan dengan suara dan kelembutan (lemah lembut). Bezanya apakah yang menjadikan nombor utama 2 itu, iaitu Ija terhasil gabungan 5 dan 6, manakala Siti pula 3 dan 8. Satu kelebihan yang ada pada suara Siti adalah daripada terdapatnya pula satu lagi kombinasi yang khas untuk suara iaitu 123 iaitu perkara yang menyumbang kepada pembentukan 3 yang menyumbang pula kepada nombor utama 2 itu, manakala pada Ija wujud juga kombinasi 123 itu tetapi ianya melintang di atas (nampak tak Ija ada 321 melintang di atas sekali).

Penghijrahan
Selain daripada kekuatan suara pada nombor utama 2, terdapat kombinasi yang berkaitan dengan berhijrah (keluar daripada daerah tempat asal). Ianya pada kombinasi 156. Antara Ija dan Siti , ianya membezakan di mana kedudukan nombor kombinasi 156 itu. Pada Siti, ianya bagaimana Siti ingin mencapai kekayaan (dipanggil nombor akhir hayat) dan pada Ija pula pada nombor 6 yang menyumbang kepada nombor utama 2.

Penghijrahan Dato' Siti Nurhaliza
Dan rezeki Siti adalah apabila Siti merantau berhijrah ke tempat lain dan selalu keluar (6 = 1+5). Dan Siti berhijrah dari Kuala Lipis, Pahang ke Kuala Lumpur arah Barat Daya yang membawa nombor 7 iaitu penyokong dan pengikut adalah satu keputusan yang sangat bijak. Arah penghijrahan itu juga 4+7 bersamaan dengan 2 iaitu penggunaan suara. Dan dengan suara (2) tersebut, untuk kekayaan adalah dengan menambahkan 2 dengan satu nombor lain agar menjadi 6 iaitu 2+4 yang membawa maksud menyampaikan kekuatan suara tersebut.
Dan didapati juga perjalanan Siti ke London adalah arah 6 bagi Siti, iaitu arah kekayaan. Terdapat arah kekayaan lain bagi Siti iaitu arah Timur, mungkin Brunei, Sabah, Sarawak dan sebagainya...
Arah Penghijrahan Heliza

Langkah yang telah Ija lakukan setakat ini iaitu dengan menyertai AF ketika Ija berada Di UMS, Kota Kinabalu, beerti Ija telah berhijrah ke arah Barat iaitu arah 2, di mana diri Ija bagi arah adalah 5 (camana dapat - ada kiraan khas dari tarikh lahir). Maka dalam diri 5 ke arah 2 akan menghasilkan 7 iaitu 7 bermaksud getaran untuk sokongan peminat. Lebih lagi Ija punyai nombor 729 (lihat di bawah...)

729 ini adalah daya penarik yang kuat samada tarikan untuk sokongan peminat wanita ataupun lelaki (kedua-duanya sekali). Ija boleh menjadi idola yang kuat bagi peminat wanita atau lelaki.
Arah Kekayaan HelizaIja nak tahu arah kekayaan tak?

Ija tidak punyai arah 6 sebagaimana Siti yang mempunyai arah Timur dan Barat Daya 6. Tetapi Ija masih boleh membentuk arah 6 iaitu apabila diri Ija 5 ke arah nombor 1 iaitu arah Barat Daya dan Barat Laut. Dalam kedua-dua arah itu iaitu arah 1, Ija perlu mengekalkan keunikan Ija yang tersendiri itu.
Ija nak tau camana nak tengok arah itu? Ija guna google je... kak Alya tunjuk camana ya untuk panduan....

Apa yang kak Alya tunjukkan di atas ini adalah arah Ija dari Kota Kinabalu, sebab Ija belajar di sana. Nanti lepas abis belajar, Ija pindah mana-mana kena lihat dari arah itu pula.
Untuk lihat skop lebih besar Ija boleh senaraikan lebih besar juga mengikut peta dunia. Contohnya arah Barat Laut adalah arah UK misalnya, dan arah Barat Daya adalah Singapura, Indonesia dan sebagainya. Hehehhe...bukan nak rekemen Ija mai UK visit kak Alya (keserentakan pula!!!). Dan bagi penyokong, orang2 di Semenanjung akan memberi sokongan buat Ija iaitu kekuatan peminat.
Kenapa kak Alya beriya minat Ija???Aaa ekkk.... beriya kak Alya sampai buatkan blog untuk Ija... nak tau sebab apa?
Satu, sebab Ija punyai banyak kelebihan dan keistimewaan, malah suka meilhat Ija boleh menjadi Idola. Dengan kelebihan yang Ija ada, suka jika kak Alya dapat bantu beritahu Ija apa lagi yang boleh Ija maksimakan bagi memberi Impak Maksima......
Diri Ija ada yang tidak sama dengan Siti.... iaitu dari segi Ija punyai tanggungjawab lain. Ija tengok ni lagi yer...

Kombinasi yang berkaitan perlu menunaikan suatu tanggungjawab adalah pada kombinasi 786 yang mana jika Ija lihat Ija memperoleh kekayaan atas Ija menunaikan tanggungjawab walau berat mana pun kerana di sebaliknya adalah kelebihan rezeki buat Ija. Siti ada juga hal-hal berkaitan tanggungjawab ini, tetapi ianya tidak secara jelas (hidden nombor). Tetapi Ija pula, nombor akhir hayat berkaitan tanggungjawab malah nombor persekitaran juga adalah nombor tanggungjawab. Dan the other side punya nombor persekitaran pula berkaitan dengan daya tarikan Idola peminat.
Kak Alya melihat juga arah kejayaan Ija yang mempunyai nombor 5 dan bagi arah kekayaan perlu ke arah 1. Untuk pengetahuan Ija, nombor 5 dan 1 adalah keduanya merupakan nombor yang berkaitan kepemimpinan (1 kepemimpinan yang unik, dan 5 kepemimpinan penuh karisma).
Dan Ija... dengan Ija kini sedang di dalam pengajian bidang Pendidikan... semua ini mempunyai saling perkaitannya. Bagi kak Alya Ija perlu menjadi suatu Idola ke arah pendidikan iaitu menjadikan satu tanggungjawab kepada peminat2 Ija untuk merangsang mereka ke arah pendidikan. Jadikan diri Ija selalu berilmu pengetahuan dalam menjadikan peminat Ija minat kepada akademik sambil berhibur. Makna kata jika Ija terus cemerlang dalam akademik dan pengajian nanti, ianya akan menjadi ikutan buat peminat2 Ija pula.
Jangan risau tentang tanggungjawab yang kak Alya maksudkan tadi ya...jangan jadi tertekan pula apabila mengetahui ini. Apa yang Ija perlu lakukan adalah buat yang terbaik dengan diri Ija dan selalu betulkan NIAT dalam diri Ija. Dengan NIAT yang suci, InsyaAllah fokus Ija akan terjaga.
Ada seperkara lagi yang kak Alya nak beritahu... kak Alya juga menjalankan kajian akan Kitaran 9 yang wujud bagi setiap seseorang itu.

Ija bagi tahun 2008 ini adalah getaran kekayaan untuk Ija dengan nombor utama 6. Malah nombor akhir hayat pula melibatkan nombor kombinasi data tarikan magnet peminat. Maka Ija gunalah peluang pada tahun ini sebaik mungkin dalam lakonan Ija ini ya. Apa yang Ija lakukan pada tahun ini akan membawa getaran peminat yang lebih lagi pada tahun 2009 nanti.

Apa yang Kak Alya nak ingatkan... Ija jaga NIAT dan jaga jangan lupa diri Ija dan tanggungjawab Ija. Dan nanti bila dah popular, Ija jaga jangan over ya.... kerana hidup ini semua ujian iaitu ditimpakan kekayaan dan kejayaan untuk melihatkan sejauh mana kita bersyukur dan ditimpakan kesusahan untuk melihat sejauh mana ketabahan dan kesabaran kita.
Maka 2010 nanti, apabila Ija makin terus berjaya, mudahan Ija terus dengan identiti kelembutan Ija malah lebih lagi sebagai pendorong ya.

Kitaran ini akan meneruskan kiraan 9 dan kembali semula 1,2,3,..... dan selepas 9 akan kembali semula 1,2,3....hingga 9 dan terus berkitar dan berkitar.....
InsyaAllah jika Ija mempunyai masalah seperti tertekan dan hilang fokus, malah apa jua..malsalah cinta ke ...masalah study ke.... kak Alya ingin menghulurkan tapak tangan...kalau kecik Airport Heathrow kak Alya hulurkan.....
Ok Ija...diharap perkongsian ini dapat juga difahami oleh fan Ija yang lain... kalau nak jadi patient kak Alya insyaAllah kak Alya happy jer menerima siapa jua... Ija ni salah satu sebabnya kak Alya juga orang nombor 2, cuma kekuatan 2 kak Alya lebih kepada psikologi dan motivasi. Maka siapa nak tahu potensi diri sila silalah berhubungan ngan kak Alya yer.....
Wasalam untuk semua....
No comments:
Post a Comment